Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Anda bacalah buku tentang komunikasi. Sama ada ianya baru diterbitkan atau ianya telah diterbitkan seabad lalu, kata-kata di dalam gambar ini mesti ada.
Ya, kadang-kala kita tidak ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh seseorang itu. Ianya boleh disebabkan oleh emosi, contohnya anda marah pada orang itu dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan nya. Mungkin juga anda rasa orang tersebut tidak layak untuk didengari. Dia seorang yang jahat. Dia seorang yang pandai bermuka-muka. Statusnya dirinya jauh lebih rendah dari anda.
Justeru, saya mengajak anda untuk mendengar apabila seseorang ingin bercakap dengan anda, samada tentang kejayaanya, kegagalanya, kegembiraanya, kesedihanya. Nescaya, anda akan membina hubungan baik sesama manusia. Anda juga mungkin mempelajari sesuatu dari percakapanya.
No comments:
Post a Comment